Wednesday, March 23, 2016

Hari Kemalasan

Assalamualaikum everyone! harini aku malas sangat tak tahu nak cakap mcm manan , malassssss sangatttttt. . .Harini satu kelas pun aku tak datang ,ha ! adik2 yang kat luar sane yg bace blog akak jgn ikut tau ! tapi adik2 akan rasa yang sama bila adik2 masuk Uni nnt hehe. . Ok tu je nak cakap , assignment bertimbun2. byee
Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

Tuesday, February 2, 2016

Myself

Assalamualaikum, selamat malam .uish kemain lame betoi aku tak update pape kat blog ni , terlalu banyak hal aku lakukan . Alhamdulillah aku dah habis sem 3 sekarang ni dah hampir sebulan aku duduk rumah , tapi kali ni aku takde la duduk rumah je , cari duit poket untuk diri sndiri sebab mcm banyak sgt duit nak guna untuk sem depan . Tambah2 sem depan time cuti sem aku terus praktikal so kene la cari duit lebih sikitkan . Lagipun aku memang tak minta duit dkt mak tapi kalau terdesak gegila baru mintak tu pun dlm 100 cmtu nak lepas duit nak pegi n balik kg la. Ok cerita balik pasal tadi , aku kerja part time dkt nasi bamboo yg famous tu aku ckp famous sbb kawan aku dok wasap tanya nasi bamboo dkt sungkai kat mana sedangkan aku sndiri pun tak tau kat mana haha , lepas balik dri kg bru aku tahu name kedai tu nasi bamboo, aku pun decide nak kerja kt situ . tapi dia nak jumaat sabtu ahad je sbb tu paling ramai pon n cuti umum mcm cuti CNY nnt kan haa tu cnfirm suruh aku kerja la nnt tu . Tapi aku ok je duit punya pasal steady je. eceh steady sgt , pdhl balik dari kerja ngadu dkt mak "mak sakittt kaki" mak pun ckp " laa kerja kan mmg la mcm tu , mcm mne nak kerja ni asyik sakit kaki aje meh sini mak urut" uhuks thats y i love my mom sgt memahami ape yg aku nak haha .*lap ayo mate* tapi nasib mak tak pernah merungut pun aku ngadu cmtu setiap kali aku balik kerja haha. 

terima kasih jugak dkt 'Mr T' yg blh fhm jugak la yg aku ni jenis penat time balik keje , but sometimes dia pun cm nak ngamuk aku mcm takde masa utk beliau haha sbb ckp dh balik n then tido. serius cm xde life gila aku time tu . sebab aku penat gila kot balik keje selalunya mandi solat n then tetido dpn tv . dari situ aku cam tekad la lepas habis belajar nak cri kerja yg elok pastu nak amik kursus english ke apa ke kan .haha sbb communication skill aku out kot. cam sampah ckp bercelaru.haha  nervous punya pasai kot.pastu cri duit hmm sambil kerja tu meniaga haaa. cthnye mcm isnin-jumaat aku kerja , malam tu kalau tak penat aku bukak stall kecik takpun sabtu ahad ke kan. inshaAllah kalau usaha n tak malas2 mgkin berkat usaha tu mndtgkan rezeki utk aku ^^ hrp2 bukan angan2 kosong la aku ni . ehh mntk dijauhkan sifat malas tu . bak kata ahmad ammar "di dunia  bukan tempat kita untuk berehat , nanti dekat sana nanti kita rehat la puas2" tapi yg penting dunia dan akhirat kena seimbang :)
 

Hmm bila fikir balik mcm mana la agaknya kehidupan aku akan datang kan. Yelah kerja mcm mana la aku nanti . Semoga dipermudahkan . Aku sgt percaya yg tuhan aturkan kehidupan aku dgn baik . Kalau benda yg aku plan xjadi pasti ade sebab takkan suke2 tuhan tak bagi kan . but its okay selalu berfikir positif. Aku harap aku dpt bertabah dgn ujian yg akan datang . Cantiknya seorang perempuan bukan pada rupanya tetapi pada akhlaknya ,penyabar ,tak mudah marah ,selalu think positive hehe cewah percayala bende tu betoi kot. :D

Ok nak cerita pasal takahara suiko . mesti nak tau sape dia kan . dia ni aku kenai pun dari iniAnwarHadi sebab bini dia hehe . stalk punya stalk tgk life bini dia fuh , gila fun. bcs of what? sbb hmm dia jenis yg happy go lucky dia tak kesah langsung org dok ckp pasal dia , tudung dia tah pape or whatever but at least dia jd diri sndiri , lagu dia semua aku suka sedap .especially "tenangkan bontot anda"  so hari2 aku akan dgr lagu dia. kalau kau tak suke kau ingt aku kesah ke ? haha . k setakat itu shj untuk harini. adios

Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

Friday, August 28, 2015

Resepi Cheesekut Oreo

Assalamualaikum w.b.t 
Harini nak cerita sikit ,malam tadi kakak balik rumah mak dekat Perak n aku pun tengah cuti sem sekarang berbaki seminggu je lagi ,huwaaaaa malas balik >_< tak snggup nak hadap tp terpaksa gak kena pulang ke markas ewah . Nak di pendekkan cerita kakak yang aku panggil Alang tiba pagi tu dia cakap nak try buat Cheesekut , hah apa tu cheesekut? terkerut2 aku sebab 1st time dengar , bila tengok dalam internet baru tahu cheesekut tu apa , ekceli pernah la tgk tapi tak pernah rasa lagi sebab selalunya rasa cheese cake je kan .so harini nak buat cheesekut tu sebab barang dia simple sgt n semudah abc.

Bahan-Bahan Cheesekut
setengah tin susu pekat
250g cheese tatura
biskut cracker
Nescafe 3 in 1/ susu segar
Oreo yg kita hancur tp amik yg hitam tu je cream kita letak tepi takpun makan hehe

Haaaaa nampak tak senang je kan bahan2 tu senang nak dicari :)

Cara-Cara nak buat Cheesekut
1st sekali cheese tatura n susu pekat tu kita mix sampai kembang kalau nak tahu kembang tu mcm mana sampai cheese n susu tu jd betul2 putih.Selepas tu kita bancuh nescafe 3 in 1 tu tapi tak payah la dengan air panas dengan air suam suku dah la ye aku guna nescafe sebab kalau guna susu segar takut muak pulak so bila guna nescafe rasa tu jadi seimbang . n then korang amik la biskut 4 segi tu masuk dalam nescafe tu rendam jangan sampai lembik pulak nnt hancur pulak biskut tu .

Lepas semua dah settle kita letak biskut yang rendam dengan nescafe td yg memula tau mcm ni haa
*aku amik kt gugel yg ni sebab tak sempat nak tangkap huhu*

buat step by step lepas biskut ,cheese yg kita mix tadi tu kita letak dekat atas biskut kemudian oreo yg hancur tu , kita buat step by step yang sama tadi sampai habis .^^

Lepas selesai tu masuk lah cheesekut tadi ke dalam peti ais, kalau buat pagi petang tu dah boleh makan.Dah siap ! mudah je kan semudah abc gitu !

Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

Dia yang maha berkuasa

Langit tak akan selalu cerah jikalau awan menutupi matahari begitu juga dengan perasaan kita ,air mata tak akan mengalir jikalau tiada yang menyentuhnya. Hati tidak akan terluka jikalau tidak ada yang melukakannya,Kita tidak akan tahu kita mempunyai perasaan jikalau manusia sekeliling tidak menguji diri kita.

Setiap manusia Allah SWT telah memberi kekurangan dan kelebihan , kekurangan itu kita akan baiki jika mampu diperbaiki malahan kelebihan pula akan menggunakan sebaiknya untuk kebaikan kita sendiri.

Ujian , setiap manusia menerima ujian tak kira ujian itu kecil mahupun besar, Aku, Kau ,Kita semua akan menerima ujian tersebut . Cuma kita tidak sedar ujian itu datang kerana terlalu pantas ianya hadir. Sentiasa mengambil iktibar kemungkinan ujian itu datang kerana Dia yg di atas menyayangi hamba-Nya ataupun ujian datang kerana kita wajib mengingati-Nya bukan melupakan-Nya . Dia pemberi rahmat dan rezeki jangan sesekali kita mensia-siakan.

Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

Tuesday, January 27, 2015

Takut





Kenapa aku perlu takut ? sebab bila someone yang kau rasa sayang dan macam-macam rasa lagi ,automatik kau akan takut nak hilang dia. Kau jangan nak tipu aku kalau kau rasa tak pernah nak takut langsung dengan perasaan tu .Aku benci perasaan macam ni ,perasaan yang sukar difahami.

Tambah2 kalau Mak Abah kau yang hilang dari pandangan mata kau . Uishhh risau kemain lagi kan. Tapi tak tahu lah kau jenis cam takde perasaan bab2 macam ni , mungkin kau anak Tanggang kot. Kalau aku ,aku tak boleh hilang Mak Abah aku , macam situasi aku sekarang aku hanya ada mak ,abah aku dah meninggal dunia masa aku kecik tak tau apa tapi mak aku cerita time aku kecik asyik cari abah aku jee, orang sakat sikit mesti cebik ! kau dapat rasakan kalau aku dah besar ni macam manja nauzubillah ! tapi aku takde la tergedik2 nak itu ini . Manja dengan kasih sayang mak aku bagi dekat aku selama ni . sebab dia sorang je faham aku . Biar aku pergi dulu tak apa jangan mak aku pergi dulu sebab kalau dia pergi dulu aku tak tahu kehidupan aku macam mana nak hidup tanpa dia. Tuhan saja yg tau macam mana aku sayang mak aku .Aku memanglah ada adik beradik lain tapi dorang pun ada keluarga dorang masing-masing. Aku anak satu2nya belum kahwin lagi aku sorang lah mak aku nak bergantung harap. Mak aku pesan awal2 dah cari suami yang pandai mendidik ilmu agama yang bertanggungjwb dan sebagainya. Makk jangan risau adik bakal menantu mak elok2 naa :'). Tapi sebelum aku pejam mata dulu aku nak tengok mak aku senyum dengan penuh bangganya depan aku ,sebab tengok anak dia yang bongsu ni bagi dia segulung Ijazah. Dapat kurangkan beban dia yang lama dia dok tanggung.lebiu mak.

Memang aku tak kahwin lagi tapi tipulah aku cakap aku tak ada seseorang yang aku sayang . Eh mestilah ada , dia garang macam harimau , tegas macam askar ,muka ganas tapi hati banyak baik ! Aku tak tahu takat mana hubungan aku dengan dia . Tapi aku nak dia susah senang dengan aku .Kalau tak mahu hadapi dugaan sama-sama jangan masuk dalam hidup aku .Masing-masing dah besar dah pandai fikir mana baik mana buruknya .Aku tak banyak tahu sangat tentang hidup dia bukan aku tak mahu langsung , orang cakap biar lepas kahwin kita tahu semua baik buruk dia. kejutan gitu! Mekasih banyak bersabar ek :) Jaga diri Jaga hati Jaga mata Jaga Iman..



Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)