Friday, August 28, 2015

Dia yang maha berkuasa

Langit tak akan selalu cerah jikalau awan menutupi matahari begitu juga dengan perasaan kita ,air mata tak akan mengalir jikalau tiada yang menyentuhnya. Hati tidak akan terluka jikalau tidak ada yang melukakannya,Kita tidak akan tahu kita mempunyai perasaan jikalau manusia sekeliling tidak menguji diri kita.

Setiap manusia Allah SWT telah memberi kekurangan dan kelebihan , kekurangan itu kita akan baiki jika mampu diperbaiki malahan kelebihan pula akan menggunakan sebaiknya untuk kebaikan kita sendiri.

Ujian , setiap manusia menerima ujian tak kira ujian itu kecil mahupun besar, Aku, Kau ,Kita semua akan menerima ujian tersebut . Cuma kita tidak sedar ujian itu datang kerana terlalu pantas ianya hadir. Sentiasa mengambil iktibar kemungkinan ujian itu datang kerana Dia yg di atas menyayangi hamba-Nya ataupun ujian datang kerana kita wajib mengingati-Nya bukan melupakan-Nya . Dia pemberi rahmat dan rezeki jangan sesekali kita mensia-siakan.

Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

No comments: