Tuesday, March 6, 2018

Aku muncul kembali

Assalamualaikum
Tersangat lama tak mengarut dekat dalam blog ,
Sekarang 2018 bermakna 24 dah 11/3 ni 😅
Tapi tak apa “age is just number” hakikatnya bila dah besar 
Macam2 nak kena fikir , ya Allah boleh tak nak jadi baby balik
Taknak buat salah , taknak buat benda yang lagha , tapi apakan daya
Siapa aku nak cakap macam tu dekat tuhan ? ☺️
Apa yang telah terjadi biarkan ia terjadi , apa yang terjadi sekarang
Lakukan apa yang terbaik untuk diri sendiri , betul tak ? 
Bahagiakan orang sekeliling kita supaya lebih disenangi ,

Tamat zaman belajar masuk ke zaman perkerjaan , 
Itulah lumrah kehidupan , jadi dewasa semakin
Banyak tanggunjawab yang perlu dipikul . Hmm 
Bila teringat arwah abah dulu cari rezeki untuk kami ,
Mak ckp bersusah payah kerja siang malam sebab nak dapatkan
Tanah dekat felda , sampai mak bising sbb balik lewat ,
Bila dah tahu kenapa balik lewat mak terus minta maaf 😅 
Mak pun apa kurangnya , mak yang paling gigih aku pernah tgk
Kerja itu ini nak sara kami 5 adik beradik , mcm2 dugaan mak hadap.

Bila mak sakit teruk masuk hospital mase tu,
Rasa susah hati sangat ,sebab takut kehilangan.
Tapi alhamdulillah mak kembali sihat 😘
Bila dah kerja ni laa masanya nak balas balik jasa mak
Taknak susahkan beliau , yang tanggung aku dari kecik.
Memang tak dapat balas semua tapi buat dia happy pun dah cukup.


Apa yang aku harapkan pada 2018 ni tak banyak pun
Semoga seketul budak bernama Fitrah terus kuat & tabah
Dengan mengharungi segala dugaan yang Tuhan berikan .
Semoga dipermudahkan segala urusan pada 11/3 ni.
Aaminn ~


Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

Friday, August 28, 2015

Resepi Cheesekut Oreo

Assalamualaikum w.b.t 
Harini nak cerita sikit ,malam tadi kakak balik rumah mak dekat Perak n aku pun tengah cuti sem sekarang berbaki seminggu je lagi ,huwaaaaa malas balik >_< tak snggup nak hadap tp terpaksa gak kena pulang ke markas ewah . Nak di pendekkan cerita kakak yang aku panggil Alang tiba pagi tu dia cakap nak try buat Cheesekut , hah apa tu cheesekut? terkerut2 aku sebab 1st time dengar , bila tengok dalam internet baru tahu cheesekut tu apa , ekceli pernah la tgk tapi tak pernah rasa lagi sebab selalunya rasa cheese cake je kan .so harini nak buat cheesekut tu sebab barang dia simple sgt n semudah abc.

Bahan-Bahan Cheesekut
setengah tin susu pekat
250g cheese tatura
biskut cracker
Nescafe 3 in 1/ susu segar
Oreo yg kita hancur tp amik yg hitam tu je cream kita letak tepi takpun makan hehe

Haaaaa nampak tak senang je kan bahan2 tu senang nak dicari :)

Cara-Cara nak buat Cheesekut
1st sekali cheese tatura n susu pekat tu kita mix sampai kembang kalau nak tahu kembang tu mcm mana sampai cheese n susu tu jd betul2 putih.Selepas tu kita bancuh nescafe 3 in 1 tu tapi tak payah la dengan air panas dengan air suam suku dah la ye aku guna nescafe sebab kalau guna susu segar takut muak pulak so bila guna nescafe rasa tu jadi seimbang . n then korang amik la biskut 4 segi tu masuk dalam nescafe tu rendam jangan sampai lembik pulak nnt hancur pulak biskut tu .

Lepas semua dah settle kita letak biskut yang rendam dengan nescafe td yg memula tau mcm ni haa
*aku amik kt gugel yg ni sebab tak sempat nak tangkap huhu*

buat step by step lepas biskut ,cheese yg kita mix tadi tu kita letak dekat atas biskut kemudian oreo yg hancur tu , kita buat step by step yang sama tadi sampai habis .^^

Lepas selesai tu masuk lah cheesekut tadi ke dalam peti ais, kalau buat pagi petang tu dah boleh makan.Dah siap ! mudah je kan semudah abc gitu !

Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

Dia yang maha berkuasa

Langit tak akan selalu cerah jikalau awan menutupi matahari begitu juga dengan perasaan kita ,air mata tak akan mengalir jikalau tiada yang menyentuhnya. Hati tidak akan terluka jikalau tidak ada yang melukakannya,Kita tidak akan tahu kita mempunyai perasaan jikalau manusia sekeliling tidak menguji diri kita.

Setiap manusia Allah SWT telah memberi kekurangan dan kelebihan , kekurangan itu kita akan baiki jika mampu diperbaiki malahan kelebihan pula akan menggunakan sebaiknya untuk kebaikan kita sendiri.

Ujian , setiap manusia menerima ujian tak kira ujian itu kecil mahupun besar, Aku, Kau ,Kita semua akan menerima ujian tersebut . Cuma kita tidak sedar ujian itu datang kerana terlalu pantas ianya hadir. Sentiasa mengambil iktibar kemungkinan ujian itu datang kerana Dia yg di atas menyayangi hamba-Nya ataupun ujian datang kerana kita wajib mengingati-Nya bukan melupakan-Nya . Dia pemberi rahmat dan rezeki jangan sesekali kita mensia-siakan.

Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

Sunday, September 22, 2013

Roti Aiskrim Goreng :)

Assalamualaikum ,, 
uih panas betul sekarang ni kan .. 
Baru terasa nak updated blog yg dah bersawang dari bulan lepas.huhu ..
Harini bukan apa , saje nak kongsi resepi yg mudah dan cepat dibuat ,bahan pun sikit tak byk modal pun yang pasti bawah rm10. . hihi. .mesti tak sabar2 kan ape yg nak dikongsi sgt .. Sebab saye pun rase excited bebeno ni ha.. haha..
Saye nak kongsi resepi buat roti aiskrim goreng ,dah lama dah nak try buat n rase tapi takde mase sungguh nak pergi ke kedai. bukan tak pergi kedai langsung lah  tapi ade je bende lain nak dibeli , so arini baru berkesempatan la nak beli.

Ramai gak pengguna blog dh updated pasal nih ,tapi tak kire saye nak kongsi gak .haha.. peduli apa kan blog saye . bukan blog kome semua pun :P

Bahan:
Roti
Aiskrim

Cara-cara nak buat sangat senang ! siyes tak tipu tau ! :D
1. Memula amik sekeping roti letak atas pinggan ,pastu letak aiskrim dekat atas roti tu  (tapi ingat tau jgn kome letak bebanyak pulak ,nanti terkeluar pulak bile time goreng nanti) haa then letak sekeping roti dekat atas aiskrim tu .kirenye kasi double la. .

2. kemudian , amik cawan saiz sederhana , tapi tak kisah laa korang nak pakai acu lain pun takpe , care saye senang, amik cawan bulat je . Korang tekap dekat atas roti tadi , sampai roti tu berbentuk bulat. .Hmm agak2 paham ke idak ni eh ..


contohnye mcm ni laa ,.

3. korang letak dlm plastik jernih ,masuk dalam peti ais dalam 2jam.kasi keras dekat dalam tu .
4. lepastu goreng dengan api yg perlahan. agak2 dah nampak garing tu angkat laa. .
 ni amik dri google image je ,sebab xsempat nak snap , dah masuk dalam perut baru teringat xtgkp gambar .

Eh lupe nak kasi tahu , kene sediakan tisu time nak makan ni ,takut meleleh plak. tapi siyes memang yummy ! aiskrim tu tak kisah laa perisa apa pun .. saye gune perisa vanila sebab mak suka vanila ,perisa coklat dia tak makan pulak.hihi.. Selamat mencuba :)


Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

Tuesday, April 23, 2013

Pujian Manusia Atau Maha Pencipta ?

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]


Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)