Tuesday, January 27, 2015

Takut





Kenapa aku perlu takut ? sebab bila someone yang kau rasa sayang dan macam-macam rasa lagi ,automatik kau akan takut nak hilang dia. Kau jangan nak tipu aku kalau kau rasa tak pernah nak takut langsung dengan perasaan tu .Aku benci perasaan macam ni ,perasaan yang sukar difahami.

Tambah2 kalau Mak Abah kau yang hilang dari pandangan mata kau . Uishhh risau kemain lagi kan. Tapi tak tahu lah kau jenis cam takde perasaan bab2 macam ni , mungkin kau anak Tanggang kot. Kalau aku ,aku tak boleh hilang Mak Abah aku , macam situasi aku sekarang aku hanya ada mak ,abah aku dah meninggal dunia masa aku kecik tak tau apa tapi mak aku cerita time aku kecik asyik cari abah aku jee, orang sakat sikit mesti cebik ! kau dapat rasakan kalau aku dah besar ni macam manja nauzubillah ! tapi aku takde la tergedik2 nak itu ini . Manja dengan kasih sayang mak aku bagi dekat aku selama ni . sebab dia sorang je faham aku . Biar aku pergi dulu tak apa jangan mak aku pergi dulu sebab kalau dia pergi dulu aku tak tahu kehidupan aku macam mana nak hidup tanpa dia. Tuhan saja yg tau macam mana aku sayang mak aku .Aku memanglah ada adik beradik lain tapi dorang pun ada keluarga dorang masing-masing. Aku anak satu2nya belum kahwin lagi aku sorang lah mak aku nak bergantung harap. Mak aku pesan awal2 dah cari suami yang pandai mendidik ilmu agama yang bertanggungjwb dan sebagainya. Makk jangan risau adik bakal menantu mak elok2 naa :'). Tapi sebelum aku pejam mata dulu aku nak tengok mak aku senyum dengan penuh bangganya depan aku ,sebab tengok anak dia yang bongsu ni bagi dia segulung Ijazah. Dapat kurangkan beban dia yang lama dia dok tanggung.lebiu mak.

Memang aku tak kahwin lagi tapi tipulah aku cakap aku tak ada seseorang yang aku sayang . Eh mestilah ada , dia garang macam harimau , tegas macam askar ,muka ganas tapi hati banyak baik ! Aku tak tahu takat mana hubungan aku dengan dia . Tapi aku nak dia susah senang dengan aku .Kalau tak mahu hadapi dugaan sama-sama jangan masuk dalam hidup aku .Masing-masing dah besar dah pandai fikir mana baik mana buruknya .Aku tak banyak tahu sangat tentang hidup dia bukan aku tak mahu langsung , orang cakap biar lepas kahwin kita tahu semua baik buruk dia. kejutan gitu! Mekasih banyak bersabar ek :) Jaga diri Jaga hati Jaga mata Jaga Iman..



Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

No comments: