Thursday, October 25, 2012

tak ada tajuk :P


Assalamualaikum people ! Harap2 semuanyaa sihat2 belaka. .
Alhamdulillah esok dah Raya Haji. .
Selamat Menyambut Hari Raya Aidildha. .
Sekarang sangat sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan sepupu & study sebab exam tak sampai 2 minggu pun. . Ya Allah aku mohon kepadaMu ,lancarkan lah urusan hambaMu ini.Amin. .
Tak sangka betul , aku masuk form 6 , padahal dulu time form 5 aku lah paling beria tak nak masuk form 6.Last2 orang yang nak masuk form 6 tu tak masuk, tengok2 aku yang masuk hahaha. .MasyaAllah .InsyaAllah Allah dah aturkan semuanyaa untuk aku, dan hanya aku je kena sentiasa bersedia dengan new life aku nih :)

Aku dah terasa diri dah tua , start masuk form 6 , diri umpama senior kepada bebudak form 1 sampai form 5, tapi upper 6 jee kiteorang panggil dorang kakak or abang , Wuhoo. .paling comel sekali dorang  panggil aku " Akak Anno"  hahaha. .see dah terasa dah tua, nasib baik tak panggil makcik :D haa yang tu aku tak boleh terima kayy. . Pejam celik pejam celik dah akhir bulan oktober !! hah dah akhir dah ?! pheww aku nak pengsan sekejap boleh . . *pengsan 5minit* awal bulan November aku dah start Final exams untuk sem 1 .Gilaa ah , aku tak ready langsung , seriously .memang lah orang lain nampak aku study , buat nota kecik bagai , tapi tu tak bermakna aku dah betul2 ready dengan exam nih .Ya Allah aku harap aku mampu menjawab paper nanti walaupun sesusah mana pun soalannyaa. .*Tetibe hati mula sebak+takut pasal exam.

Sorry lahh blog aku semua post yang tah pape, maklum jiwa remaja kot ,bab2 merapu2 nih memang bagi kat aku jelah , :D Korang nak tahu apa aku fikir sekarang nih , zaman sekolah paling best gila , memang best GILA tahuu takkk. .! sebab zaman tu paling tak boleh nak lupa sekali , terlampau banyak kenangan kott. .sampai sekarang lagi aku boleh ingat zaman kekanak , zaman hingusan .haha. .tambah2 benda paling memalukan yang aku pernah buat , itu lah yang paling aku ingat tau .seronok nyaa. .kalau boleh aku nak kembali zaman tu balik , aku nak main congkak , nak main aci nyorok , main tembak2 , teng teng .wuhoo sangat seronok bila mandi sungai . Zaman hingusan aku dedulu aku suka main dengan budak laki , sekarang ni jee baru jadi keperempuanan sikit sebab dah tahu nangis sebab lelaki :D * pheww ayat gatal.

Eh aku baru perasan , hari ni aku banyak sangat membebel dalam blog ni , tapi peduli apa kan , blog aku bukan blog korang pun :D ada aku kisahh dengan semua tu .haha. .ops ops , tak baik kan ayat aku tadi .Ok ok aku tarik balik ayat tadi *padahal still ada lagi ,haha* hurmm okay lah rakan rakan sekalian *ayat sekma dah mai dah* saya ingin mengundur diri harap berjumpa lagi di masa akan datang .padahal aku nak taip lagi sebenarnyaa. .:D ye ye aku nak stop dah nih. .hahaha .. k daaaa assalamualaikum wbt.

Dah Baca ? Terima Kasih Sayang :)

No comments: